Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Urusniaga Shopee berterusan walaupun perintah kawalan pergerakan bermula

Urusniaga Shopee berterusan walaupun perintah kawalan pergerakan bermula 1

Urusniaga Shopee berterusan walaupun perintah kawalan pergerakan bermula 2

Urusniaga Shopee berterusan walaupun perintah kawalan pergerakan bermula

Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac 2020 untuk mengurangkan kesan wabak COVID-19 di negara ini.

Shopee berkata mereka telah menerima banyak pertanyaan daripada rakyat Malaysia dari sejauh Sabah dan Sarawak sama ada mereka masih boleh membeli barangan dalam tempoh perintah ini.

Untuk menjelaskan keraguan ini, Shopee sekali lagi kekal komited untuk memelihara keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam tempoh ini.

Shopee ingin mengemukakan penjelasan berikut:

a) Shopee akan meneruskan perniagaan seperti biasa memandangkan e-dagang jatuh di bawah peruncitan, yang dikategorikan sebagai salah satu perkhidmatan penting atau ‘essential services’

b) Semua produk termasuk keperluan harian seperti tisu tandas, tisu basah, topeng muka, cecair pencuci tangan, mi segera, minyak masak, makanan dalam tin, kopi, beras serta hasil segar seperti ikan, ayam, daging lembu, sayur-sayuran dan banyak lagi boleh dibeli di Shopee.

c) Pada masa yang sama, kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami, peruncit, pembekal seperti MYDIN, TESCO, NESTLE, AEON BIG, VINDA, FRESHTAP.MY dan banyak lagi, untuk memastikan bekalan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

d) Di Shopee Mart, bekalan stok bagi hampir 10,000 jenis keperluan asas.

Shopee juga akan mengambil langkah tambahan untuk Shopee Mart dengan mengehadkan bilangan barangan penting yang boleh dibeli oleh setiap pengguna untuk memastikan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kedudukan ekonomi boleh mendapat akses saksama kepada keperluan harian mereka.

Di samping itu, Shopee akan terus menyediakan penghantaran hari berikutnya di Lembah Klang dan bahagian selatan Malaysia untuk pesanan yang dibuat di Shopee Mart sebelum pukul 10 pagi pada setiap hari kecuali hari Ahad dan Cuti Umum.

e) Shopee bekerjasama rapat dengan penjual dan rakan kongsi logistik kami supaya langkah berjaga-jaga seperti pembasmian kuman di gudang dan kenderaan, pembersihan bungkusan pesanan, dan pemeriksaan suhu dilakukan untuk pekerja, pemandu, dan penghantar pesanan demi kepentingan keselamatan.

f) Shopee juga akan terus menyediakan penghantaran percuma di seluruh negara untuk mengurangkan kos penghantaran dalam tempoh ini.

Walaubagaimanapun, bagi pesanan yang dibuat kepada alamat pejabat, penyedia logistik Shopee akan menghantar pesanan anda selepas 1 April 2020.

Ini merupakan usaha Shopee dalam menyokong Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan dan memainkan peranan yang lebih besar dalam mengurangkan penyebaran COVID-19.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.