Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 9S tiba di Malaysia pada 23 Mac ini, harga bawah RM 1,000?

Xiaomi Redmi Note 9S tiba di Malaysia pada 23 Mac ini, harga bawah RM 1,000? 5
Xiaomi Redmi Note 9S tiba di Malaysia pada 23 Mac ini

Jika anda merupakan peminat telefon pintar Xiaomi, anda pasti sedia maklum bahawa beberapa hari lalu Xiaomi telah memperkenalkan Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 Pro Max.

Berita baik disini adalah, Xiaomi Malaysia telah mengesahkan bahawa satu model Redmi Note 9 akan memasuki pasaran tempatan namun berita buruk disini adalah, model yang disahkan ini bukan Redmi Note 9 Pro mahupun Redmi Note 9 Pro Max.

Pada 23 Mac ini, Xiaomi Malaysia telah mengesahkan Redmi Note 9S akan dilancarkan dengan kemungkinan besar adalah secara atas talian disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang semakin kritikal.

Xiaomi Redmi Note 9S tiba di Malaysia pada 23 Mac ini, harga bawah RM 1,000? 6

Pelancaran Redmi Note 9S menimbulkan tanda tanya apakah perbezaan antara model ini dengan Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 Pro Max.

Ianya kemungkinan besar hanya perbezaan nama dan Redmi Note 9S mungkin hadir dengan spesifikasi yang sama seperti Redmi Note 9 Pro.

Untuk maklumat spesifikasi Redmi Note 9 Pro anda boleh baca di sini

Pelancaran Xiaomi Redmi Note 9S di Malaysia akan berlangsung didalam masa 7 hari sahaja lagi dan selepas itu pra-tempahan mungkin menyusul.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.