Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 6 Pro – Telefon Pintar Pertama Memasuki Pasaran dengan Cip Pemproses Snapdragon 720G dan Skrin Paparan 90Hz

realme atau syarikat yang terkenal dengan slogan ‘Dare to Leap’ telah mengesahkan bahawa realme 6 Pro akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Selain menjadi yang pertama di Malaysia menggunakan cip pemproses Snapdragon 720G, realme 6 Pro juga telah memecah rekod sebagai telefon pintar pertama di dunia dikuasakan dengan cip pemproses terbaharu Qualcomm ini.

Buat pengetahuan semua, cip pemproses Snapdragon 720G ini diperbuat berasaskan proses 8nm yang menjadikanya sangat efisen dan berkuasa tinggi.

Ianya dilengkapi dengan CPU Kyro 466 dengan dua teras Cortex-A76 berprestasi tinggi yang berkelajuan sehingga 2.3GHz dan 6 teras Cortex-A55 yang berefisen tinggi serta GPU Adreno 618 seperti yang terdapat pada Snapdragon 730G.

Apabila dibandingkan dengan generasi lalu, Snapdragon 720G hadir dengan 10% peningkatan prestasi CPU manakala prestasi GPU pula adalah 75% lebih baik diikuti pretasi enjin AI yang 220% lebih baik.

Satu lagi ciri menarik pada realme 6 Pro adalah pengunaan skrin 90Hz Ultra Smooth Display dan kadar pensampelan 120Hz.

Skrin ini mampu menghasilkan 90 bingkai sesaat yang menjadikan kadar segar semula skrin paparan 90Hz ini adalah 50% tinggi berbanding berbanding skrin paparan 60Hz. Hasilnya, pengguna dapat menikmati pengalaman skrin yang lebih lancar dan mewah.

Skrin realme 6 Pro ini mempunyai resolusi FHD+ 2400x1080P dengan nisbah skrin kepada badan 90.6%.

Besar bukan? Selain itu, bagi menambahkan ketahanan skrin ini, realme 6 Pro juga didatangkan dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

realme 6 Pro juga dilengkapi dengan Wi-Fi 6 dan sistem navigasi GPS dwi-frekuensi untuk pengesanan lokasi yang lebih tepat dan pantas.

Dengan pengunaan cip pemproses Snapdragon 720G dan skrin paparan 90Hz, realme 6 Pro adalah satu telefon pintar yang pasti menarik minat pengguna apabila ianya memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Nantikan pelancarannya!

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.