Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandemik Covid-19 : 190 kes baru, Malaysia kini mempunyai kes paling banyak di rantau ASEAN

Covid-19 malaysia

Pandemik Covid-19 : 190 kes baru, Malaysia kini mempunyai kes paling banyak di rantau ASEAN

Penularan pandemik Covid-19 di Malaysia kini dilihat semakin meningkat dengan 190 kes baru dilaporkan setakat jam 5 petang semalam.

Ini menjadikan sebanyak 428 kes Covid-19 telah dilaporkan di Malaysia menjadikan negara kita sebagai yang tertinggi di ASEAN mengatasi Singapura.

Sebanyak 386 kes Covid-19 ini sedang dirawat yang mana 9 kes adalah pesakit wat ICU namun dilaporkan didalam keadaan yang stabil.

Daripada kes ini, 42 pesakit Covid-19 telah sembuh sepenuhnya dengan 7 pesakit dibenarkan keluar wad semalam.

Mengulas mengenai peningkatan kes Covid-19 ini, Kementerian Kesihatan Malaysia berkata berdasarkan siasatan awal, kes-kes baru yang dilaporkan ini adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac yang dilaporkan dihadiri hampir 14,500 orang.

Setakat ini, rakyat Malaysia dinasihatkan mengambil langkah pencegahan seperti kerap mencuci tangan, ‘social distancing’, kuaranti 14 hari jika terdapat simptom berkaitan Covid-19 dan banyak lagi yang pasti anda sedia maklum.

sumber : KKM

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.