Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Uncle Kentang tawar bas rombongan khas bagi warga puchong dengan sewa RM 70 sahaja


Uncle Kentang tawar bas rombongan khas bagi warga puchong dengan sewa RM 70 sahaja

Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Uncle Kentang’ merupakan seorang yang terkenal dengan kerja-kerja amal beliau.

Terbaru, Uncle Kentang telah mengumumkan satu lagi tawaran bagi mereka yang memerlukan iaitu menawarkan sewa bas rombongan pada harga RM 70 sahaja.

Melalui Facebook peribadi beliau, Unlce Kentang telah menyatakan bahawa tawaran ini adalah bagi yang betul-betul memerlukan dan bakal menjalan majlis perkhawinan.

Walaubagaimanapun Unlce Kentang menyatakan bahawa tawaran ini hanya terbuka bagi warga Puchong iaitu Ibu Tunggal, Duda, Janda , Bapak Tunggal dengan kegunaan bas ini hanya didalam jarak 50KM dari Puchong (supaya pemandu tidak letih katanya).

Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini, anda boleh menghubungi Uncle Kentang di talian 018-2683999.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.