Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X2 dan Find X2 Pro kini dibuka untuk pra-tempahan, percuma hadiah bernilai RM 1,027


Oppo Find X2 dan Find X2 Pro kini dibuka untuk pra-tempahan, percuma hadiah bernilai RM 1,027

Selepas selesai sahaja pelancaran global Oppo Find X2 dan Find X2 Pro, Oppo Malaysia secara telah mengumumkan bahawa pra-tempahan telefon pintar ini kini telah dibuka di pasaran tempatan.

Oppo Find X2 dan Find X2 Pro kini rasmi dengan teknologi kamera terbaik di pasaran

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Oppo Find X2 dan Oppo Find X2 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 10 Mac ini dan berikut adalah maklumat pra-tempahan di Malaysia :

Find X2 akan dibuka untuk pra-tempahan dari 6 hingga 13 Mac 2020 dan ianya akan hadir didalam kapasiti 12GB + 256GB dengan dua pilihan warna iaitu Black Ceramic dan Ocean Glass.

Oppo Find X2 Pro pula akan dibuka dari 6 Mac sehingga 20 Mac 2020 didalam kapasiti 12GB + 512GN dengan dua pilihan warna iaitu Orange Vegan Leather dan Black Ceramic.

Promosi pra-tempahan bagi siri Oppo Find X2 adalah bernilai RM 528 yang mana anda akan menerima satu unit powerbank VOOC, 1 tahun lanjutan waranti dan 3 bulan waranti skrin apabila pengambilan dibuat dimana-mana stor konsep Oppo.

Selain itu, Oppo akan turut mengadakan roadshow khas siri Find X2 di Pavillion dan beberapa OPPO Experience Stores yang terpilih dengan 300 pembeli pertama akan menerima tambahan Oppo Enco Free bernilai RM 499 menjadikan jumlah keseluruhan RM 1027.

Bagi yang melakukan pra-tempahan di luar Lembah Klang. pelanggan akan menerima hadiah roadshow dan pra-tempahan pada 14 Mac bagi Find X2 dan 21 Mac bagi Find X2 Pro.

Pelanggan boleh melakukan pra-tempahan di  OPPO Experience Stores yang terpilih dan mengambil tempahan mereka untuk menikmati hadiah percuma bernilai RM 1,027, jika tidak mereka hanya akan menerima hadiah promosi pra-tempahan sahaja.

Bagi membuat pra-tempahan, anda perlu membayar deposit RM 300.

Pra tempah Oppo Find X2 : https://www.oppo.com.my/products/Find-X2/119

Pra tempah Oppo Find X2 Pro : https://www.oppo.com.my/products/Find-X2-Pro/120

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.