Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor kini menawarkan kemaskini Magic UI 3.0 bagi Honor 20, Honor 20 Pro, Honor View 20 dan Honor 9X

Honor kini menawarkan kemaskini Magic UI 3.0 bagi Honor 20, Honor 20 Pro, Honor View 20 dan Honor 9X

Honor Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar Honor yang terpilih akan menerima kemaskini antaramuka Magic UI yang terkini tidak lama lagi.

Magic UI 3.0 akan mula ditawarkan kepada beberapa model telefon pintar Honor termasuk Honor 20, Honor 20 Pro, Honor View 20 dan Honor 9X manakala Honor 10 Lite dan Honor 20 Lite akan menerima kemaskini ini pada bulan Mei 2020.

Magic UI 3.0 yang berasaskan Android akan menawarkan reka bentuk antaramuka yang lebih astetik dengan pebagai ciri mesra pengguna.

Magic UI 3.0 juga akan membawakan pelbagai fungsi baru didalam kategori smart office, fotografi, prestasi dan keselamatan yang meliputi pelbagai produk Honor.

Antara fungsi baru yang disertakan bersama Magic UI 3.0 adalah reka bentuk UX yang baru dengan sokongan mod gelap (dark mode), prestasi tertinggi dengan keselamatan terbaik, fotografi profesional mudah alih dan fungsi Smart Office dengan koloborasi multi-skrin.

Honor juga telah mengesahkan bahawa lebih banyak produk akan dikemaksini ke Magic UI 3.0 sepanjang tahun 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.