Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Samsung Galaxy S20 kini di Malaysia – percuma TV 4K 50” bagi pembelian di roadshow

Samsung Galaxy S20 MalaysiaSamsung secara rasminya telah melancarkan siri Galaxy S20 ke pasaran tempatan yang turut menandakan pelancaran Samsung Galaxy S20 Ultra sebagai telefon pintar 5G pertama di Malaysia.

Samsung Galaxy S20 merupakan model termurah didalam keluarga Galaxy ini iaitu pada harga penjualan RM 3,599 manakala Galaxy S20+ pula hadir dengan tag harga RM 3,999.

Untuk maklumat spesfikasi Galaxy S20 dan Galaxy S20+, lihat laporan penuh majlis pelancaran Galaxy UNPACKED kami.

Lain pula ceritanya apabila berkata mengenai Galaxy S20 Ultra, ianya hadir dengan harga penjualan RM 4,999 dan perbezaan antara telefon pintar ini dengan dua lagi model Galaxy S20.

Maklumat penuh mengenai Galaxy S20 Ultra boleh anda baca di sini.

Selain itu, Samsung juga mengumumkan maklumat roadshow yang akan berlangsung di enam lokasi pada 6-8 Mac 2020.

Berikut adalah lokasi roadshow Siri Samsung Galaxy S20 di Malaysia :

Mid Valley, Kuala Lumpur

Mid Valley Southkey, Johor

Queensbay Mall, Penang

Easy Coast Mall, Pahang

Imago KK, Sabah


Bagi pembeli terawal di roadshow ini, anda akan menerima  Wireless Charger Pad dan kad microSD 128GB bernilai RM 378 ( stok terhad).

Selain itu, Samsung juga telah mengumumkan bahawa pembeli terawal di roadshow siri Galaxy S20 juga berpeluang memiliki satu unit 4K Smart UHD TV berukuran 50-inci (RM 2,599) secara percuma atau menikmati rebat RM 400 dengan membawa mana-mana kamera untuk ditukarkan.

Berikut adalah jumlah stok TV dan rebat RM 400 mengikut lokasi :

Mid Valley, Kuala Lumpur

220 Unit TV

220 Unit Rebat

Mid Valley Southkey, Johor

80 Unit TV

80 Unit Rebat

Queensbay Mall, Penang

120 Unit TV

120 Unit Rebat

Easy Coast Mall, Pahang

30 Unit TV

30 Unit Rebat

Imago KK, Sabah

50 Unit TV

50 unit Rebat

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.