Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C3 Hadir Dengan Dual Mode Music Share, Focus Mode, Screenshot 3-Jari Dan Perlindungan Maklumat Peribadi

realme c3 malaysia
Sejak memasuki pasaran Malaysia pada penghujung tahun 2017, realme mula dikenali dalam penawaran telefon pintar bergaya dan premium pada harga berpatutan selaras dengan slogan Dare To Leap.

Selain itu, realme juga amat menitikberatkan kepuasan pengunaan pelanggan atau ‘user experience’ tidak kiralah sama ada telefon pintar siri realme C mahupun siri flagship realme X.

realme C3 yang bakal dilancarkan di Malaysia tak lama lagi bakal menjadi telefon pintar pertama yang hadir dengan antara muka realme UI dan ini membolehkan realme menawarkan beberapa fungsi unik yang akan meningkatkan lagi kepuasaan pengunaan buat bakal pembeli.

realme C3 Hadir Dengan Dual Mode Music Share, Focus Mode, Screenshot 3-Jari Dan Perlindungan Maklumat Peribadi 11
Ciri “Dual Mode Music Share”

Dual Mode Music Share adalah sesuatu yang amat berguna apabila dua pengguna ingin menikmati tontonan video atau muzik yang sama pada waktu yang sama dari satu peranti. Anda boleh menghubungkan telefon pintar realme anda ke earbuds tanpa wayar dan memasangkan satu lagi earphone melalui slot audio 3.5mm

Ciri ini boleh digunakan apabila satu pengguna sedang menikmati muzik melalui sambungan Bluetooth manakala seorang lagi menikmati muzik melalui sambungan bicu audio 3.5mm.

Selain itu, ciri ini tidak akan dinyah aktif walaupun anda menerima panggilan kerana, panggilan masih boleh dijawab melalui peranti pada sambungan Bluetooth manakala pengguna lain masih boleh menikmati muzik tanpa sebarang gangguan. Menarik bukan?.

realme C3 Hadir Dengan Dual Mode Music Share, Focus Mode, Screenshot 3-Jari Dan Perlindungan Maklumat Peribadi 12

Ciri “Focus Mode”

Mod ini membolehkan anda fokus dan berehat tanpa gangguan daripada telefon pintar, mengaktifkan ‘Focus Mode’ membolehkan pengguna mengasingkan diri dari dunia luar dan sistem akan turut memainkan muzik yang menenangkan secara automatik.

Cuti ini turut mengaktifkan DND (Do Not Disturb) yang menghalang sistem menghantar notifikasi dan juga boleh memilih satu daripada empat tona terbina untuk meningkatkan ketenangan fikiran.

realme C3 Hadir Dengan Dual Mode Music Share, Focus Mode, Screenshot 3-Jari Dan Perlindungan Maklumat Peribadi 13

Ciri “3-Finger Selected Screenshot”

Anda hanya perlu menggunakan 3 jari, tekan dan pegang sementara pada skrin sebelum melakukan swipe untuk melakukan screenshot sebahagian daripada skrin.

Dengan cara ini, tiada sebarang ‘cropping’ diperlukan dan mengambil separa screenshot kini lebih mudah dengan realme C3.

realme C3 Hadir Dengan Dual Mode Music Share, Focus Mode, Screenshot 3-Jari Dan Perlindungan Maklumat Peribadi 14

Ciri “Personal Information Protection”

Fungsi ini juga sesuatu yang mustahak dari segi keselamatan data, dengan hanya mengaktifkan fungsi “Personal Information Protection” di realmeUI, sistem akan menghantar maklumat kosong apabila sesuatu aplikasi meminta akses kepada maklumat peribadi pengguna.

Ini memastikan, sejarah panggilan, kenalan dan mesej kekal sulit tanpa sebarang kebocoran informasi.

realme C3 Hadir Dengan Dual Mode Music Share, Focus Mode, Screenshot 3-Jari Dan Perlindungan Maklumat Peribadi 15

Ciri “Dark Mode”

realme C3 hadir dengan mod gelap yang terbina didalam realme UI. Lebih menarik ianya telah dioptimasi untuk turut berfungsi pada aplikasi pihak ketiga. Selain itu, apabila mod gelap diaktifkan, latar belakang aplikasi drawer juga menjadi gelap.

Dark Mode realme C3 ini juga boleh tetapkan untuk diaktifkan secara automatik apabila matahari terbenam dan dinyahaktifkan apabila matahari terbit.

Kagum dengan semua ciri di atas? Pastikan anda menjadi pemilik terawal realme C3 di Malaysia yang akan dilancarkan di pasaran tempatan pada 3 Mac ini.

Tonton siaran langsung majlis pelancaran realme C3 di YouTube dan juga Facebookrasmi realme Malaysia.

Selepas pelancaran, penjualan pertama realme C3 secara online boleh didapati secara eksklusif di Shopee : http://bit.ly/C3shppr

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.