Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 8 diiktiraf sebagai telefon pintar Android No.1 dunia


Xiaomi telah mengumumkan bahawa dua model telefon pintar popular mereka iaitu Siri Redmi Note 7 dan Siri Redmi Note 8 telah mendapat satu pengiktirafan yang setimpal pada tahun 2019.

Menurut statistik terbaru daripada Canalys, penganalisa pasaran teknologi global telah meletakkan Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro didalam senarai 10 telefon pintar terbaik dunia pada suku ke-4 2019.

Lebih menarik, Redmi Note 7 pula telah diiktiraf sebagai 10 telefon pintar paling laris pada tahun 2019 dengan kedudukan ke-6 secara keseluruhanya.

Pada suku ke-4 2019, Xiaomi merupakan satu-satunya syarikat telefon pintar dari China didalam senarai 10 telefon pintar paling laris didunia dan turut mendapat gelaran telefon pintar Android no.1 dunia (Redmi Note 8).

Siri telefon Redmi yang lebih menonjol pada tahun 2019 dijangka akan diberikan perhatian lebih serius oleh Xiaomi pada tahun ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.