Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Oppo Find X2 akan dilancarkan di Malaysia 10 Mac dengan skrin 120Hz dan pemproses Snapdragon 865


Oppo secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran telefon pintar flasghip Oppo Find X2 akan diadakan pada 6 Mac sebelum pelancaran di Malaysia pada 10 Mac.

Oppo nampaknya akan memperkenalkan dua model Find X2 iaitu Find X2 dan Find X2 Pro yang mana kedua-dua model ini akan menyokong rangkaian 5G NSA dan SA.

Selain itu, antara spesifikasi siri Oppo Find X2 yang disahkan adalah pemproses Snapdragon 865, skrin paparan dengan kadar segar semula 120Hz dan teknologi pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0.

Dengan pelancaran rasmi di Malaysia pada 10 Mac 2020, siri Oppo Find X2 akan menjadi telefon pintar 5G pertama Oppo di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.