Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C3 Malaysia – Reka Bentuk Premium Sunrise Design dan realme UI

Sebagai jenama yang terkenal dalam penawaran reka bentuk yang menarik dan bergaya, realme membuktikan semangat Dare To Leap mereka tidak pernah pudar dengan pelancaran realme C3 yang memiliki reka bentuk premium Sunrise Design dan antara muka realme UI.

Pada bahagian hadapan, realme mengekalkan pengunaan skrin mini-drop yang ternyata popular dan masih relevan pada tahun 2020. Ini tidak bermaksud realme C3 hadir dengan reka bentuk yang tidak mempunyai sebarang evolusi berbanding sebelum ini.

Kawasan potongan bagi ‘mini drop’ pada realme C3 adalah 30.9% lebih kecil dan ini membolehkan skrin paparan 6.5-inci telefon pintar ini hadir dengan nisbah skrin kepada badan yang sangat tinggi iaitu 89.8%.

Beralih pada bahagian belakang pula, realme C3 hadir dengan reka bentuk yang berinspirasikan kuasa alam semulajadi iaitu Matahari dengan reka bentuk ‘Sunrise Design’.

Reka bentuk ini melambangkan semangat dan keupayaan tanpa batasan buat generasi muda.

Panel ‘Sunrise Design’ pada realme C3 ini juga menampilkan permukaan anti-cap jari yang memberikan pengguna keselesaan untuk memegang peranti dan mengelakkan sebarang calar mahupun tanda cap jari yang mencemarkan kecantikan telefon pintar ini.

realme C3 akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu ‘Blazing Red’ dan ‘Frozen Blue’ yang mana kedua-duanya adalah warna yang sangat elegan.

Telefon pintar ini juga kalis percikan air kerana setiap ‘port’ hadir dengan pelindung plastik kedap bagi memastikan tiada sebarang kelembapan memasuki komponen utama telefon pintar ini.

Satu lagi tarikan pada realme C3 ini adalah pengunaan antaramuka realme yang tersendiri.

realme UI ini adalah berdasarkan ColorOS 7 (Android 10) dan ianya telah direka bentuk khas dan menawarkan pengalaman pengunaan yang paling hampir dengan versi Android yang asli.

realme UI hadir dengan reka bentuk UI yang sangat ringkas namun tidak membosankan dan sekali lagi berinspirasikan gayahidup generasi muda.

Untuk mencapai reka bentuk sebenar dari segi visual, realme UI telah direka dengan 4 aspek penting iaitu warna sistem, ikon, gambar latar belakang dan animasi.

Dari segi warna pula, realme UI menampilkan pengunaan warna yang cerah dan bersaturasi tinggi untuk penghasilan skema warna yang asli.

realme UI juga menggunapakai elemen teras yang biasa dilihat didalam kehidupan harian.

Sebagai contoh, ikon ‘settings’ adalah berinspirasikan peralatan gear dan pengunaan geometri juga menambahkan lagi astetik ikon ini.

realme UI juga menawarkan kebebasan kepada pengguna untuk mengubah ikon mengikut citarasa mereka dimana pengguna diberikan pilihan untuk mengubah bentuk, size dan juga saiz grafik ikon tersebut.

Sebagai pelengkap kepada ikon yang vibrant ini, realme UI juga disertakan dengan 11 gambar latarbelakang yang berinspirasikan elemen semulajadi.

Dari segi animasi pula, realme UI dilengkapi dengan enjin animasi quantum yang terkini yang menambahkan kelancaran animasi pada skrin

Nantikan pelancaran realme C3 di Malaysia pada 3 Mac ini iaitu dalam masa 6 hari sahaja lagi

Tonton siaran langsung majlis pelancaran realme C3 di YouTube dan juga Facebook rasmi realme Malaysia.

Selepas pelancaran, penjualan pertama realme C3 secara online boleh didapati secara eksklusif di Shopee : http://bit.ly/C3shppr

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.