Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 6 dan realme 6 Pro akan dilancarkan 5 Mac ini dengan skrin 90Hz dan quad-kamera 64MP

realme 6 dan realme 6 pro malaysia
realme 6 dan realme 6 Pro akan dilancarkan 5 Mac ini dengan skrin 90Hz dan quad-kamera 64MP

realme  telah mengesahkan bahawa realme 6 dan realme 6 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac ini dengan pasaran India sekali lagi dipilih sebagai pasaran pertama untuk menerima telefon pintar ini.

realme 6 dan realme 6 Pro akan hadir dengan reka bentuk skrin punch hole yang mana realme 6 akan memiliki satu kamera selfie manakala realme 6 Pro akan hadir dengan dwi-kamera selfie.

Selain itu, realme 6 Pro juga dijangka akan menampilkan skrin paparan Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz.

Bercakap mengenai kamera, siri realme 6 akan hadir dengan sensor quad-kamera 64MP yang dipadankan dengan sensor ultra-wide, sensor telefoto dan sensor makro. Selain itu, realme 6 Pro juga dikatakan akan hadir dengan sokongan 20x zoom hibrid.

Walaupun tidak mendedahkan kapasiti bateri, siri telefon pintar realme 6 ini juga akan menyokong pengecasan pantas 30W iaitu melalui slot USB-C.

Selain daripada itu, realme 6 dan realme 6 Pro juga akan menampilkan pengunaan realme UI yang berasaskan ColorOS 7 dan Android 10.

Dengan pelancaran realme C3 di Malaysia pada 3 Mac ini, kita mungkin dapat melihat penawaran realme 6 dan realme 6 Pro pula selepas itu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.