Huawei Mate Xs – telefon pintar foldable 5G pertama di Malaysia akan dijual mulai 20 Mac 2020
Walaupun MWC 2020 dibatalkan, agenda kebanyakkan pengeluar telefon pintar tetap diteruskan dengan kebanyakkanya memilih untuk melancarkan produk terbaru mereka secara online.
Huawei juga mengikut langkah ini dengan pelancaran generasi terbaru telefon pintar foldable mereka iaitu Huawei Mate Xs yang secara luaranya merupakan Huawei Mate X yang telah ditambahbaik.
Huawei Mate Xs hadir dengan pemproses flagship syarikat ini iaitu Kirin 990 yang membawakan sokongan 5G dengan 8GB RAM dan 512GB storan dalaman.
Selain itu, Huawei Mate Xs disertakan dengan struktur engsel ‘Falcon Wing’ yang lebih kukuh selain 2 lapisan filem polyamide yang memberikan ketahanan kepada skrin OLED telefon pintar ini. resolusi skrin ini kekal pada 2480 x 2200 piksel ( paparan utama berukuran 8.0-inci pada nisbah 19:5:9 manakala ketika dilipat ianya adalah skrin 6.6-inci yang memiliki nisbah 25:9).
Bercakap memgenai kamera, Huawei Mate Xs disertakan dengan sensor utama 40MP f/1.8, sensor telefoto 8MP f/2.4 + OIS, sensor ultrawide 16MP f/2.2 dan tidak lupa sensor ToF untuk mod bokeh.
Beralih kepada bateri, Huawei Mate Xs disertakan dengan bateri 4,500mAh yang mana ianya hadir dengan sokongan pengecasan pantas 55W yang mana palam pengecasnya disertakan didalam kotak.
Huawei Mate Xs hadir dengan EMUI 10 yang berasaskan Android 10 versi ‘open source’ dan tanpa Google Services namun Huawei menawarkan alternatif ekosistem mereka iaitu Huawei Mobile Services yang semakin matang dan dipenuhi aplikasi popular (AppGallery).
Huawei Mate Xs akan memasuki pasaran global bulan hadapan dengan harga penjualan €2,499 (RM 11,422).
Adakah ianya akan memasuki pasaran Malaysia?, Huawei Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar ini akan ditawarkan di Malaysia mulai 20 Mac 2020 sekaligus menjadi telefon pintar foldable 5G pertama di Malaysia.