Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X50 Pro 5G kini rasmi dengan skrin 90Hz, SD865 dan pengecasan SuperDart 65W

realme secara rasminya telah melancarkan realme X50 Pro 5G yang merupakan telefon pintar 5G global pertama syarikat ini.


Antara tarikan utama telefon pintar realme ini adalah penggunaan pemproses Snapdragon 965, kamera yang hebat dan teknologi pengecasan pantas 65W.

Bercakap mengenai skrin paparan, realme X50 Pro 5G hadir dengan skrin paparan FHD+ Super AMOLED berukuran 6.44-inci yang memiliki kadar segar semula 90Hz dan mempunyai lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 dan panel gelas ini juga mempunyai sokongan sensor capjari pantas pada skrin yang pantas (hanya 0.27 saat sahaja untuk membuka peranti).

Pemproses flasghip daripada Qualcomm juga disertakan dengan modem 5G manakala kapasiti RAM adalah 6GB,8GB atau 12GB (LPDDR5).

Dari segi storan dalaman pula, realme X50 Pro akan menggunakan storan jenis UFS 3.0 yang hadir didalam dua kapasiti iaitu 128GB atau 256GB.

Beralih kepada bahagian kamera, realme X50 Pro 5G memiliki 4 kamera dibelakang iaitu sensor utama Samsung ISOCELL GW1 64MP, sensor ultrawide 8MP f/2.3 dengan PDAF dan 119Ā° FoV, sensor 12MP telefoto 2x dan satu sensor potret B&W.

Dibahagian hadapan, realme X50 Pro 5G memiliki dua kamera punch-hole iaitu satu sensor 32MP Sony IMX616 dan satu sensor ultrawide 8MP.

realme X50 Pro juga disertakan dengan bateri berkapasiti 4,200mAh yang menawarkan sokongan pengecasan pantas 65W SuperDart. Ianya mampu memenuhi bateri realme X50 Pro ini didalam masa 35 minit sahaja.

realme X50 Pro hadir dengan realme UI yang berasaskan Android 10, pembesar suara stereo, NFC, Google Pay dan penyejukan vapor cooling.

realme X50 Pro 5G akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Moss Green dan Rust Red.

realme X50 Pro hadir dengan harga penjualan seperti berikut :

realme X50 Pro 6/128GB – INR 37,999 (RM 2,233)

realme X50 Pro 8/128GB – INR 39,999 (RM 2,350)

realme X50 Pro 12/256GB – INR 44,999 (RM 2,645)

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat mengenai pelancaran di Malaysia namun ianya akan berlangsung tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.