Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C3 Malaysia – Telefon Pintar Tri-Kamera Pertama Siri realme C Juga Dengan Lensa Super Makro

realme C3 malaysia

realme C3 Malaysia – Telefon Pintar Tri-Kamera Pertama Siri realme C Juga Dengan Lensa Super Makro

realme Malaysia sebagai pengeluar telefon pintar mampu milik yang ‘trendy’ dan bergaya selaras dengan semangat Dare To Leap baru sahaja mengesahkan mereka bakal membawa masuk realme C3 ke pasaran Malaysia pada 3 Mac ini.

Walaupun hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar kelas entry-level, realme mahu menawarkan nilai belian yang sangat tinggi kepada pengguna dan untuk itu, realme telah menyertakan tetapan tri-kamera AI yang turut dilengkapi dengan lensa Super Makro pada realme C3 ini.

Setiap satu sensor yang disertakan pada realme C3 ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan pencabar terdekat bagi pasaran kelas entry-level ini.

realme C3 memiliki sensor utama 12MP Sony yang memiliki aperture sebesar f/1.8 dan piksel ultra-besar 1.25μm untuk menarik cahaya yang mencukupi bagi penghasilan gambar yang jelas dan terang.

Selain itu, sensor ini disertakan dengan PDAF yang menjadikan pemfokusan yang pantas dan tepat. Kadar zoom 4x yang disertakan pada sensor utama ini juga membolehkan anda mengambil gambar yang jelas walaupun pada jarak yang jauh.

Sensor tri-kamera pada realme C3 juga mempunyai komponen yang menyokong fotografi bokeh. Sekali imbas, bokeh yang terhasil melalui realme C3 adalah lebih semulajadi dan menampakkan subjek lebih prominen tidak kira samada gambar tumbuhan, haiwan mahupun manusia.

Penawaran sensor makro 4CM yang diwar-warkan gah ini menjadi pelengkap sesuai dengan teknologi kamera realme C3 yang membolehkan pengguna mengambil gambar subjek kecil pada jarak dekat. Ini memberikan pengguna peluang untuk menterjemahkan kreativiti mereka melalui fotografi makro.

Kagum dengan kebolehan tri-kamera realme C3 ini? Nantikan pelancaran generasi baru entry-level King ini di Malaysia dalam masa 7 hari sahaja lagi.

Tonton siaran langsung majlis pelancaran realme C3 di YouTube dan juga Facebook rasmi realme Malaysia.

Selepas pelancaran, penjualan pertama realme C3 secara online boleh didapati di Shopee : http://bit.ly/C3shppr

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.