Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C3 dengan tiga kamera belakang akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 3 Mac ini


realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar kelas entry-level terbaru mereka iaitu realme C3 akan memasuki pasaran Malaysia pada 3 Mac ini.

Satu lagi persoalan besar yang terjawab dengan pengumuman ini adalah bahawa realme C3 di Malaysia adalah versi yang mempunyai tri-kamera seperti di pasaran Indonesia.

realme C3 hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci dengan sisi bezel yang lebih kecil namun masih hadir dengan takukan teardrop bagi menempatkan kamera selfie 5MP.

realme C3 hadir dengan pemproses MediaTek Helio G70 yang akan dipadankan dengan dua kapasiti RAM(LPDDR4X) dan storan dalaman iaitu 3/32GB atau 4GB/64GB.

Beralih kepada kamera, realme C3 hadir dengan tetapan tri-kamera iaitu sensor utama 12MP f/1.8 sensor depth 2MP dengan aperture f/2.4 dan sensor makro 2MP.

Lebih menarik, realme C3 menjadi telefon pintar pertama syarikat untuk hadir dengan realme UI yang berasaskan Android 10-ColorOS 7.

Sebelum menutup cerita realme C3, ianya disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh namun mengecewakan sedikit ianya masih kekal dengan pengecasan melalui slot microUSB namun ianya mempunyai sokongan pengecasan reverse charging.

Selain itu, realme C3 membawakan sokongan tri-SIM (2 SIM + 1 microSD), kalis air, mod dual music yang membolehkan permainan muzik serentak dari telefon pintar dan bluetooth.

realme C3 akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Blazing Red dan Frozen Blue

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.