Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile lancarkan pelan unlimited Internet terbaru GX68 dan GX38 pada harga serendah RM 35 sahaja

U Mobile Giler unlimited GX68 dan GX38
Pelancaran pelan ‘Giler Unlimited’ daripada U Mobile terbukti menjadi satu pelan yang hangat disebabkan nilai yang tiada bandingan.

Susulan daripada sambutan ini, U Mobile telah mengumumkan dua lagi pean ‘Giler Unlimited’ yang baru iaitu GX68 dan GX38 yang mula ditawarkan pada 13 Februari 2020.

Pelan pascabayar GX68 menawarkan pengguna kuota internet 4G unlimited ,panggilan tanpa had kesemua rangkaian dan 5GB kuota ‘hotspot’.

Selain itu, pelan prabayar GX38 pula turut menawarkan kuota internet tanpa had namun pada kelajuan 6Mbps menjadikan U Mobile satu-satunya syarikat telekomunikasi untuk menawarkan pelan sedemikian.

Di samping itu, pelanggan yang memerlukan kelajuan lebih tinggi untuk GX38 boleh menambah Data Booster 5 pada RM 5 kepada pelan mereka bagi mengakses data 10GB berkelajuan tinggi selama 14 hari. GX38 juga hadir dengan 3GB ‘hotspot’.

GX68 dan GX38  hadir dengan bayaran bulanan masing-masing berharga RM68 dan RM38 sebulan.

Selain itu, pelanggan yang mendaftar untuk GX68 dalam tempoh promosi akan menikmati yuran bulanan pada harga RM58 sahaja untuk sepanjang hayat, manakala pelanggan yang mendaftar untuk GX38 perlu membayar cuma RM 35 sahaja sepanjang tempoh promosi.

Promosi ini bermula pada 13 Februari 2020 dan hanya sah untuk tempoh terhad sahaja.

Kedua-dua pelan ‘Giler Unlimited’ baharu boleh didapati di semua kedai U Mobile di seluruh negara bermula 13 Februari 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.u.com.my.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.