Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mobile World Congress 2020 (MWC) telah dibatalkan kerana pandemik Coronavirus

MWC 2020 telah dibatalkan
Pameran teknologi mudah-alih dan telefon pintar tahunan terbesar iaitu Mobile World Congress yang dijadualkan berlangsung dari 23 Februari hingga 27 Februari ini telah dibatalkan akibat pandemik Coronavirus.

GSM Association (GSMA) yang merupakan penganjur MWC berkata, adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk mengadakan pameran ini seperti yang dijadualkan.

Mengambil kira isu kesihatan pengunjung dan delegasi, GSM Association dan Barcelon yang merupakan hos kepada acara tahunan ini telah mengambil keputusan untuk membatalkan sidang MWC tahun ini.

Pengumuman ini menyusul selepas kebanyakkan syarikat gergasi industri mengambil keputusan untuk menarik diri dari MWC tahun ini antaranya adalah LG, ZTE, Ericcson, Nvidia, Intel, Sony, Amazon, NTT Docomo, Nokia, BT dan HMD.

Sumber

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.