Huawei Nova 7i akan dilancarkan di Malaysia 14 Februari ini
Huawei Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Huawei Nova 7i akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Februari ini.
Lebih menarik, Huawei telah mengesahkan bahawa pasaran Malaysia adalah pasaran pertama untuk menerima Nova 7i selepas China.
Huawei Nova 7i adalah model Nova 6SE di pasaran China dan ianya hadir dengan skrin paparan punch hole FHD+ berukuran 6.4-inci, pemproses Kirin 810, 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.
Selain itu, Nova 7i akan turut quad kamera 48MP + 8MP + 2MP + 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP.
Nova 7i akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,200mAh dengan pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W, sensor capjari di sisi dan EMUI 10 yang berasaskan Android 10.
Walaupun menggunakan Android, Huawei Nova 7i dijangka akan menjadi telefon pintar pertama siri Nova untuk tidak hadir dengan sokongan Google Mobile Services.
Maklumat harga Huawei Nova 7i akan diumumkan pada 14 Februari kelak.