Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee berikan jaminan bungkusan dari China tidak akan sebarkan Coronavirus


Penularan wabak Coronavirus berada pada tahap yang membimbangkan khususnya di negara China dengan hampir 7,700 kes telah dilaporkan dengan hampir 170 kematian setakat ini.

Disebabkan ini pelbagai langkah berjaga-jaga telah dicadangkan atau tular di media sosial dan antaranya ialah larangan membuat pembelian di platform e-perdagangan seperti Lazada dan Shopee.

Terdapat satu mesej yang disebarkan Melalui Whatsapp yang menyeru pengguna di Malaysia menghentikan pembelian di Shopee dan kini Shopee Malaysia telah tampil memberikan penjelasan yang pasti memberikan kelegaan kepada anda yang gemar membeli barangan yang di import terus dari China.

Shopee melalui akaun Twitter rasminya telah mengesahkan bahawa setiap bungkusan yang dihantar dari China akan disanitasi oleh syarikat penerbangan sebelum pemeriksaan kastam dan kuarantin.

Shopee juga memberikan jaminan bahawa gudang mereka di China juga di sanitasi setiap hari, suhu badan setiap pekerja akan diperiksa sebelum memasuki gudang dan pekerja juga memakai topeng dan mensanitasi tangan mereka sebelum mula bekerja.

Selain itu, Shopee juga berkata disebabkan penghantaran mengambil masa melebihi 24 jam, virus ini tidak dapat bertahan melalui benda ‘bukan hidup’ untuk tempoh sepanjang itu.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.