Pocophone X2 akan dilancarkan pada 4 Februari ini dengan skrin paparan 120Hz
Selepas lama dinantikan, Pocophone secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flaghsip killer generasi terbaru mereka akan dilancarkan pada 4 Februari ini.
Jika generasi pertama dikenali sebagai Pocophone F1, generasi kedua nampaknya akan dikenali sebagai Pocophone X2 atau Poco X2 di pasaran India.
Sebagai persediaan sebelum pelancaran, Pocophone telah membuka laman sesawang mikro Poco X2 yang memberikan kita sedikit sebanyak informasi mengenai telefon pintar ini.
Pocophone X2 dilihat akan hadir dengan skrin paparan yang mempunyai kadar segar semula yang tinggi yang mungkin merujuk kepada pengunaan panel skrin 120Hz.
Selain itu, Poco X2 dilihat akan hadir dengan sensor kamera Sony IMX686, teknologi penyejukan cecair, pemproses Qualcomm Snapdragon (865 ke?) dan teknologi pengecasan pantas.
Berdasarkan gambar teaser teknologi pengecasan pantas ini, Poco X2 dilihat sebagai model antarabangsa bagi telefon pintar Redmi K30.
Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang membezakan atau menyamakan kedua-dua model ini namun kita hanya perlu 6 hari sahaja lagi untuk mengetahui segala info rasmi mengenai Pocophone X2.