Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 30 Pro 5G bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

Huawei Mate 30 Pro 5G Malaysia
Dengan mengambil kira tahun 2020 sebagai tahun kemunculan era 5G, HUAWEI telah memperkenalkan rangkaian produk terkini di Pulau Langkawi, yang merupakan lokasi percubaan untuk projek demonstrasi 5G, termasuk bagi HUAWEI Mate 30 Pro 5G.

HUAWEI Mate 30 Pro 5G merupakan telefon pintar 5G pertama untuk menerima sijil pematuhan 5G di Malaysia.

Huawei Mate 30 Pro 5G bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 1

Telefon pintat ini hadir dengan pemproses HUAWEI Kirin 990 5G yang membolehkan HUAWEI Mate 30 Pro 5G menyokong komunikasi 2G / 3G / 4G / 5G, 5G NSA (rangkaian ‘non stand alone’ ) dan 5G SA (rangkaian ‘stand alone’).

Apabila diuji, muat turun kelajuan HUAWEI Mate 30 Pro 5G yang dikuasakan oleh rangkaian Maxis 5G dilihat mampu mencapai sehingga 1.8Gbps.

Selain Huawei Mate 30 Pro 5G, Huawei juga telah memperkenalkan HUAWEI Vision TV, HUAWEI HiLink dan modem HUAWEI 5G CPE Pro

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.