Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note 10 Lite akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,299

Samsung Galaxy Note 10 Lite Malaysia
Samsung Galaxy Note 10 Lite akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,299

Walaupun sudah hampir melancarkan generasi baru telefon pintar flaghsip Galaxy S20, Samsung dilihat masih belum selesai dengan siri Galaxy Note10.

Samsung nampaknya semakin hampir membawa masuk Galaxy Note10 Lite ke pasaran Malaysia dan harga penjualan yang dikatakan adalah sekitar RM 2,299.

Menurut sumber, ianya adalah harga penjualan bagi varian bajet Galaxy Note10 dan pelancaran telefon pintar ini mungkin berlangsung serentak dengan pelancaran Galaxy A51 dan Galaxy A71.

Samsung Galaxy Note10 Lite akan hadir dengan skrin paparan  Super AMOLED FHD+ Infinity-O berukuran 6.7-inci, pemproses octa-core Exynos 9810, 6/8GB RAM dan storan dalaman 128GB (menyokong kad microSD sehingga 1TB).

Bercakap mengenai bahagian kamera, Galaxy Note10 Lite akan hadir dengan tetapan tri-kamera sensor  utama 12MP f/1.7 + sensor ultrawide 12MP f/2.2 + sensor telefoto 12MP f/2.4 dan kamera selfie 32MP f/2.2.

Samsung Galaxy Note10 Lite akan turut hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh (dengan teknologi pengecasan pantas), sensor capjari dalam skrin dan tiga pilihan warna iaitu Aura Glow, Aura Black dan Aura Red.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.