Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile pamerkan teknologi 5G yang mampu mencapai kelajuan sehingga 1.5Gbps

U Mobile pamerkan teknologi 5G yang mampu mencapai kelajuan sehingga 1.5Gbps 7

U Mobile pamerkan teknologi 5G yang mampu mencapai kelajuan sehingga 1.5Gbps

Pengkomersilan 5G pada suku ketiga ini akan membuka peluang kepada penerapan teknologi canggih ini ke dalam pelbagai sektor vertikal seperti kesihatan dan pelancongan.

U Mobile telah berusaha meneroka cara bagi membantu rakyat Malaysia memanfaatkan teknologi 5G menerusi penggunaan dalam pelbagai sektor vertikal.

U Mobile pamerkan teknologi 5G yang mampu mencapai kelajuan sehingga 1.5Gbps 8

Sebanyak lima kes kegunaan masa sebenar telah ditunjukkan di Langkawi sejajar dengan Projek Demonstrasi 5G anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Pada Disember 2019, U Mobile telah menunjukkan bagaimana ketersambungan 5G dapat menyokong konsultasi perubatan jarak jauh menerusi DOCpod daripada DoctorOnCall.

U Mobile pamerkan teknologi 5G yang mampu mencapai kelajuan sehingga 1.5Gbps 9

Selain itu, U Mobile juga telah menunjukkan kelajuan rangkaian 5G-nya yang mampu mencapai 1.2 gbps.

Malah pada hujung minggu lalu, U Mobile telah mempersembahkan beberapa lagi kes kegunaan 5G masa sebenar, iaitu konsultasi jarak jauh dengan MEDCOM, permainan multi pemain realiti maya (VR) dan pelancongan VR.

Ketua Pegawai Teknologi U Mobile, Woon Ooi Yuen berkata U Mobile akan terus gigih meneroka potensi 5G tanpa had, serta bagaimana pengkomersilan 5G dapat memanfaatkan rakyat Malaysia. 

Kes-kes kegunaan ini telah membawa penemuan penting yang membolehkan U Mobile terus mencetus inovasi disruptif dalam pasaran dengan melancarkan pelbagai perkhidmatan seiring pengkomersilan 5G.

Ketersambungan 5G bukan sekadar dapat mengatasi halangan geografi dan sosioekonomi, malah membolehkan rakyat Malaysia meraih manfaat maksimum.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.