Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

1,000 unit realme Buds Air habis dijual dalam masa 28 minit sahaja

realme buds air shopee
Seperti diumumkan ketika pelancaran realme Buds Air, penjualan TWS terbaru realme ini telah bermula tengah malam tadi pada harga penjualan istimewa RM 199 sahaja.

Seperti diduga, realme Buds Air telah habis terjual didalam masa 28 minit sahaja iaitu bagi 1,000 unit yang ditawarkan pada RM 199 dengan 300 unit daripada jumlah diatas telah dijual didalam 1 minit pertama.

Dengan pencapaian ini, realme Buds Air menjadi earbuds TWS yang paling laris di platform Shopee.

Selepas realme 5i berjaya mencapai penjualan melebihi 4,000 unit pada penjualan offline yang bermula 18 Januari lalu, pencapaian realme Buds Air juga pasti disambut baik.

Selepas ini, realme Buds Air akan ditawarkan pada harga RM 299 secara eksklusif di Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.