Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo memperoleh sijil pematuhan SIRIM bagi menawarkan telefon pintar 5G di Malaysia

Oppo memperoleh sijil pematuhan SIRIM bagi menawarkan telefon pintar 5G di Malaysia 5
Memasuki tahun 2020, tumpuan kebanyakkan pengeluar telefon pintar adalah 5G yang bakal dikomersialkan (di Malaysia) tidak lama lagi.

Oppo antara syarikat yang juga berusaha untuk menjadikan 5G satu realiti dan baru-baru ini, Oppo telah menerima sijil pematuhan dalam menawarkan teknologi 5G daripada SIRIM QASĀ International.

Oppo memperoleh sijil pematuhan SIRIM bagi menawarkan telefon pintar 5G di Malaysia 6
Dengan pensijilan ini, Oppo akan menawarkan telefon pintar generasi baru yang menyokong 5G dan pensijilan ini menjadikan Oppo syarikat kedua untuk menerima sijil pematuhan dari SIRIM (Huawei adalah syarikat pertama).

Walaupun masih belum mendedahkan bila model telefon pintar 5G Oppo ini akan memasuki pasaran Malaysia, adalah sesuatu yang baik untuk menyaksikan syarikat pengeluar telefon pintar utama dunia sudah mula mengorak langkah awal untuk membawa masuk telefon pintar 5G ke pasaran Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.