Tun Mahathir saksikan demostrasi pemindahan data perubatan menggunakan teknologi 5G Digi
Syarikat telekomunikasi Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini telah menjadi hos kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad di pamera Digi 5GDP di Langkawi.
Tun Dr Mahathir telah menyaksikan sendiri demostrasi pemindahan data perubatan masa nyata menggunakan teknologi 5G Digi di antara paramedik di dalam ambulans dan doktor di Hospital Sultanah Maliha Langkawi.
Penstriman berterusan data pesakit dari masa paramedik tiba di tempat kejadian, sehingga pesakit sampai di hospital akan mencipta pemantauan pesakit yang lebih baik.
Gigabit data perubatan kini boleh dipindahkan pada kelajuan 5G kepada pelbagai peranti perubatan semasa keadaan kecemasan.
Ini adalah perkembangan penting dalam membolehkan pemantauan dan diagnosis penjagaan kesihatan jarak jauh.
Ini juga bermakna penjagaan kesihatan boleh diakses oleh semua orang, malah mereka yang berada dalam kawasan yang sukar dijangkau.
Pameran ini dilakukan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Penyelidikan Bersama dalam Kejuruteraan, Sains & Teknologi (CREST) dan ZTE, adalah sebahagian daripada kes penggunaan Digi dalam Projek Demonstrasi 5G (5GDP), yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memudahkan, membangun dan memupuk kes-kes penggunaan 5G dalam persekitaran hidup tetapi dikawal.