Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka bentuk Huawei P40 Pro telah didedahkan sebelum pelancaran rasmi


Seperti tahun-tahun sebelum ini, Huawei dijangka akan melancarkan telefon pintar flaghsip siri P iaitu Huawei P40 dan Huawei P40 Pro tidak lama lagi.

Walaupun masih belum ada sebarang pengesahan rasmi dari pihak Huawei, Evan Blass dari @evleaks telah mendedahkan sepenuhnya reka bentuk telefon pintar Huawei P40 Pro.

Huawei P40 Pro nampaknya akan hadir dengan reka bentuk yang hampir sama seperti siri Honor V30 dengan reka bentuk skrin punch-hole selain tetapan 5-kamera pada berwarna hitam yang agak besar.

Kamera Huawei P40 Pro juga dibangunkan dengan kerjasama Leica dan daripada gambar ini, Huawei dilihat akan menawarkan satu unit kamera periskop yang memberikan kebolehan 10x Zoom dan 4 kamera yang mungkin merupakan sensor wideangle, ultra wideangle, makro dan potret.

Pada bahagian hadapan pula, Huawei P40 Pro memiliki tetapan dwi-kamera selfie, skrin paparan OLED dan sensor capjari dalam skrin.

Selain itu, Huawei P40 Pro dijangka akan hadir dengan teknologi pengecasan pantas Huawei SuperCharge, Kirin 990 5G dan hampir pasti tidak akan hadir dengan Google Mobile Services.

Dalam pada itu, Huawei P40 pula dijangka akan hadir dengan tetapan tri-kamera Leica dan sokongan 5G dengan pengunaan cipset Kirin 990 5G.

Pelancaran Huawei P40 dan Huawei P40 Pro dijangka akan berlangsung sekitar bulan Mac 2020.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.