Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cyberjaya menjadi bandar pertama di Malaysia menawarkan ekosistem tanpa tunai dibawah program QR Nasional


Menteri Kewangan Malaysia, Y.B. Tuan Lim Guan Eng hari ini telah melancarkan ekosistem tanpa tunai bagi Cyberjaya, satu kerjasama antara Cyberview Snd Bhd dan anak syarikat Bank Negara Malaysia ,Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) untuk menggalakan lebih banyak perniagaan menawarkan pembayaran tanpa tunai yang memudahkan lagi transaksi bagi komuniti di Cyberjaya.

Melalui inisiatif ini, Cyberjaya akan menjadi bandar pertama di Malaysia untuk menggunakan pakai kod QR nasional dibawah Interoperable Credit Transfer Framework (ICTF) yang diselia oleh Bank Negara Malaysia.

QR Nasional DuitNow yang ditubuhkan di bawah ICTF Bank Negara Malaysia yang membolehkan pedagang untuk mendaftar dengan satu pengedar yang kemudiannya akan membolehkan 22 juta pelanggan bank dan jutaan pelanggan e-Wallet.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.