Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan tambahan RM 30 apabila anda menebus e-tunai rakyat di Touch ’n Go eWallet


Inisiatif kerajaan iaitu e-Tunai Rakyat, kini telah boleh ditebus yang diumumakn sebagai galakkan untuk memulakan gaya hidup tanpa tunai.

Berikut adalah tiga platform eWallet yang menawarkan penebusan RM 30 e-tunai Rakyat

Apa yang lebih mengujakan lagi ialah, penyedia e-dompet rasmi terkemuka di Malaysia, Touch ’n Go eWallet akan menggandakan nilai tuntutan tersebut, menjadikan jumlahnya RM60 untuk anda nikmati!

Setiap penebusan yang berjaya akan menerima pulangan tunai tambahan RM30 (6 kali cashback bernilai RM 5) ini apabila membuat pembayaran menggunakan Touch ’n Go eWallet di mana-mana daripaa 120,000 rakan niaganya.

Selain daripada itu, semua pengguna boleh mendapatkan pulangan tunai berganda dan menikmati penjimatan yang lebih hebat menerusi kempen-kempen yang diadakan oleh Touch ’n Go eWallet, terutama sekali kempen terbaru iaitu ‘Big 2 Million Weekly Draw’.

Menerusi kempen ini, pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai RM2 juta setiap minggu, termasuk lapan (8) Proton x70, lapan puluh (80) Yamaha Ego Solariz, lapan puluh (80) telefon pintar Huawei P30 (256GB) dan empat ratus (400) telefon pintar Vivo V15.

Kempen ‘Big 2 Million Weekly Draw’ ini akan dijalankan secara serentak dengan ‘e-Tunai Rakyat’ mulai 15 Januari hingga 10 Mac 2020.

Untuk menyertai, pengguna Touch ’n Go eWallet perlu berbelanja minimum RM20 melalui mana-mana kemudahan yang dinyatakan dalam aplikasi untuk melayakkan diri.

Mereka yang tidak layak menebus e-Tunai Rakyat akan menerima satu (1) penyertaan untuk setiap transaksi yang dilakukan di sepanjang tempoh kempen ini.

Selain itu, pengguna yang telah mendaftarkan kad TNG mereka ke dalam Touch ’n Go eWallet, dan pada masa sama merupakan seorang pengguna RFID, mereka akan menerima dua (2) penyertaan tambahan.

berikut adalah cara menebus e-tunai rakyat RM 30

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.