Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia berkerjasama hasilkan fotografi dan video promosi Tahun Melawat Malaysia 2020

Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan bahawa syarikat itu telah memeterai satu perjanjian dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia bagi meningkatkan sektor pelancongan Malaysia.

Kerjasama ini menyaksikan Xiaomi dan MTPB bersama untuk menghasilkan fotografi menarik tempat-tempat tumpuan pelancong di Malaysia menggunakan telefon pintar terbaru Xiaomi iaitu Mi Note 10 yang merupakan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan tetapan penta kamera 108MP.

Selain itu, Xiaomi Mi Note 10 turut telah digunapakai untuk menghasilkan video promosi Tahun Melawat Malaysia.

Video Promosi Tahun Melawat Malaysia yang menampilkan pelbagai tempat-tempat menarik di Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan dunia ini juga telah dimuat naik di platform media Xiaomi Malaysia Facebook ​, ​Xiaomi Malaysia Youtube dan akaun rasmi Xiaomi di Sina weibo​, yang merupakan media sosial paling popular di China.

Xiaomi Mi Note 10 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,099 manakala Mi Note 10 Pro pula hadir dengan harga RM 2,499. Pembelian peranti terbaru Xiaomi ini boleh dibuat melalui Lazada, Shopee dan semua Mi Stor di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.