Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Airpods untuk Android – realme Buds Air dilengkapi dengan teknologi Dynamic Bass Boost Driver

Airpods untuk Android – realme Buds Air dilengkapi dengan teknologi Dynamic Bass Boost Driver

Kita semakin menghampiri detik pelancaran peranti audio terhangat di pasaran iaitu realme Buds Air yang dijadualkan akan diadakan pada 14 Januari ini.

sejak diperkenalkan, realme Buds Air telah mendapat perhatian tinggi dan kemasukan peranti audio ini dilihat sesuatu yang bakal merubah pasaran earbus tanpa wayar di Malaysia.

Walaupun realme Buds Air merupakan peranti audio yang kompak dan ringan, realme telah berjaya menyertakan teknologi Dynamic Bass Boost Driver.

Dengan Bass Boost Driver, realme Buds Air mampu menghasilkan output audio yang sangat lantang tanpa mengubah karya asal lagu tersebut.

Setiap satu realme Buds Air ini dilengkapi dengan diaphragm komposit LCP yang diimport dan unit bunyi 12mm.

Seperti yang kami perkatakan, ini membolehkan realme Buds Air menghasilkan bunyi bass yang sangat sempurna tanpa ‘mencemari’ ketulenan sesuatu lagu itu.

realme Buds Air hadir dengan Dynamic Bass Boost yang dibangunkan khas oleh pakar akustik realme selepas berpuluh-ribu ujian percubaan.

Hasil nya, dinamisme dan dimensi selanjutnya ditambah kepada bass yang dihasilkan, ini menjadikan muzik dan tontonan filem menjadi pengalaman yang sangat imersif.

Selain itu, realme Buds Air juga dilengkapi dengan teknologi Environment Noise Cancellation ketika membuat atau menerima panggilan. 

Untuk itu, realme Buds Air telah dilengkapi dengan dua mikrofon bagi mencapai teknologi ENC (Environment Noise Cancellation) yang mana ianya mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti setiap perkataan yang disebut dan menapis sebarang gangguan bunyi di latar belakang.

Ketika panggilan, suara anda juga akan sentiasa jelas walaupun dalam persekitaraan yang bising.

realme Buds Air akan dilancarkan di Malaysia pads 14 Januari 2020 serentak dengan pelancaran realme 5i.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.