Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo bakal melancarkan telefon pintar pertama dengan kamera dibawah skrin

vivo bakal melancarkan telefon pintar pertama dengan kamera dibawah skrin 1

vivo bakal melancarkan telefon pintar pertama dengan kamera dibawah skrin

Baru-baru ini, satu telefon pintar vivo dengan kod model V1950A telah melepasi ujian kualiti China 3C.

Menurut blogger digital terkenal, telefon pintar baru vivo ini akan dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 865 dengan reka bentuk skrin Waterdrop yang mungkin sama seperti pada vivo NEX 3 5G.

Skrin paparan waterfall adalah reka bentuk skrin yang diperkenalkan oleh vivo pada tahun 2019 dan ianya akan hadir dengan nisbah skrin kepada badan 90%.

Satu lagi ciri penting yang sudah pasti mencuri tumpuan adalah pengunaan kamera didalam skrin yang akan menjadikanya sebagai telefon pintar pertama dipasaran untuk memperkenalkan teknologi kamera dibawah skrin.

Pelancaran vivo V1950A sudah pastinya akan menjadi antara telefon pintar hangat bagi tahun 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.