Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Airpods untuk Android – realme Buds Air dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar

Airpods untuk Android - realme Buds Air dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar 7

Airpods untuk Android – realme Buds Air dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar

Selepas pelancaran rasmi global, realme Buds Air adalah antara earbuds yang disebut-sebut oleh pengguna tidak kira diluar mahupun didalam negara.

Sebagai membalas sokongan kuat dari pengguna di Malaysia, realme dengan semangat “Dare To Leap” telah mengumumkan realme Buds Air akan memasuki pasaran Malaysia pada 14 Januari 2020 iaitu kurang sebulan selepas pelancaran global.

Airpods untuk Android - realme Buds Air dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar 8

realme Buds Air adalah satu peranti audio yang mampu memberikan pengguna sehingga 17 jam pendengaran muzik tanpa henti.

Lebih mengagumkan, realme Buds Air telah membawa pengecasan earbuds ini ke tahap yang memudahkan pengguna dengan penyertaan pengecasan tanpa wayar Qi.

Anda hanya perlu meletakkan bekas pengecasan realme Buds Air ini pada mana-mana jenama pengecasan tanpa wayar untuk mengecas realme Buds Air ini. 

Bekas ini juga mempunyai lampu notifikasi LED untuk paparan terkini maklumat pengecasan.

Selain itu, untuk memudahkan pengguna yang sering ‘out-station’, realme Buds Air juga hadir dengan pengecasan melalui kabel USB-C.

Dengan earbuds ini sahaja, anda mampu menikmati 3 jam pendengaran muzik manakala dengan bekas pengecasan tanpa wayar, realme Buds Air menawarkan pengguna maksima 17 jam pendengaran muzik tanpa henti.

Airpods untuk Android - realme Buds Air dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar 9

Nantikan pelancaran realme Buds Air di Malaysia yang akan berlangsung serentak dengan pelancaran realme 5i minggu hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.