Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Airpods untuk Android – realme Buds Air memiliki teknologi ‘Wear Detection’

realme Buds Air telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 14 Januari ini dengan harga penjualan yang amat kompetitif.

Majlis pelancaran earbuds terbaru daripada realme ini akan berlangsung serentak dengan pelancaran realme 5i.

Selaras dengan semangat Dare To Leap, realme akan memperkenalkan realme Buds Air yang memberikan pengguna satu peranti audio yang lengkap dengan pelbagai teknologi terbaik dipasaran.

Salah satu daripada teknologi yang diterapkan pada realme Buds Air ini adalah teknologi ‘wear detection’.

realme Buds Air hadir dengan sensor optikal yang mampu mengesan sama ada peranti audio ini sedang digunakan ataupun tidak. 

Dengan penggunaan sensor ini, realme Buds Air akan memainkan muzik apabila anda meletakkanya pada telinga dan terhenti sebaik sahaja di angkat.

Ciri ‘Wear Detection’ memastikan anda tidak terlepas walau satu saat muzik kegemaran anda yang didengar melalui realme Buds Air.

Satu lagi ciri menarik realme Buds Air yang harus kami perkatakan adalah perkhimatan Google Assistant terbina.

Untuk mengaktifkan bantuan suara peribadi anda, anda hanya perlu menekan realme Buds Air selama satu saat untuk menikmati interkasi bantuan suara pintar yang membolehkan anda mengawal muzik, membuat panggilan, melaraskan kelantangan muzik selain mendapatkan maklumat seperti ramalan cuaca.

Selain itu, realme Buds Air juga disertakan dengan teknologi intelligent touch yang membolehkan pengguna melakukan pelbagai operasi realme Buds Air dengan lebih mudah.

Antara operasi realme Buds Air yang boleh dilakukan adalah seperti berikut :

  • Dua sentuhan – menjawab panggilan/ memainkan@menghentikan muzik
  • Tiga sentuhan – memainkan lagu seterusnya 
  • Sentuhan berterusan pada satu earbuds – melancarkan Google Assistant, menolak panggilan
  • Sentuhan berterusan pada kedua-dua earbuds – memasuki/keluar dari mod Gaming

Walaupun bakal memiliki harga penjualan yang jauh lebih berpatutan daripada earbuds premium yang lain, realme telah berusaha keras untuk menyertakan seberapa banyak teknologi terkini pada realme Buds Air.

Nantikan pelancaran realme Buds Air yang akan berlangsung di Malaysia didalam masa 3 hari sahaja lagi.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.