Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pembayaran zakat kini di boleh bayar melalui eWallet U Mobile GoPayz


Pelanggan GoPayz, iaitu e-dompet universal yang dibangunkan oleh U Mobile, kini boleh digunakan untuk membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi aplikasi dan laman GoPayz.

GoPayz adalah e-dompet pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan pembayaran zakat dan ini membolehkan pelanggan GoPayz menunaikan ibadah zakat mereka seperti Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat Saham, Zakat KWSP, Zakat Emas, Zakat Perak, Qadha Zakat, Zakat Fitrah dan Zakat Harta (bayaran sekaligus) kepada LZS menerusi aplikasi atau laman GoPayz secara mudah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan U Mobile Group, Wong Heang Tuck berkongsi, pelancaran perkhidmatan ini selari dengan matlamat GoPayz yang bukan sahaja sebagai e-dompet, tetapi juga platform yang menawarkan perkhidmatan kewangan digital dan gaya hidup yang mampu dimiliki untuk pelanggan. “Kami teruja kerana menjadi e-dompet pertama di Malaysia yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor sebagai ejen pengutipan zakat rasminya.

Selain itu, kami berbesar hati kerana berpeluang membantu pelanggan GoPayz menunaikan kewajipan zakat tahunan menerusi ekosistem digital yang kukuh lagi selamat di mana jua, pada bila-bila masa.

GoPayz komited untuk terus mengembangkan perkhidmatan digitalnya bagi memberikan keberkesanan dan akses tanpa had kepada semua pelanggan.

Ini merupakan fasa pertama dan kami akan memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan Islam yang akan memanfaatkan komuniti dengan menyediakan akses kepada peluang yang lebih banyak.”

Bagi menunaikan kewajipan zakat, pelanggan hanya perlu mengikuti beberapa langkah berikut:

• Daftar masuk aplikasi atau laman GoPayz (www.gopayz.com.my)

• Tekan Services > Islamic > Zakat > Lembaga Zakat Selangor

• Lengkapkan maklumat yang diminta

• Akan akan dibawa ke laman “Lafaz Niat Bayar Zakat”. Sila tekan “Terus Bayaran”.

• Pilih cara pembayaran untuk melengkapkan transaksi

Perkhidmatan ini kini boleh didapati di GoPayz. Muat turun GoPayz sekarang juga di http://bit.ly/GoPayz

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.