Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic Watch 2 kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 699 sahaja

Honor MagicWatch 2 MalaysiaHonor Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan generasi terbaru jam pintar Honor MagicWatch 2 ke pasaran tempatan dengan harga penjualan RM 699.

Honor Magic Watch 2 telah diperkenalkan bersama-sama siri Honor V30 di China dan ianya hadir didalam dua pilihan saiz iaitu 42mm (skrin  AMOLED 1.2-inci) dan 46mm(skrin AMOLED 1.39-inci)

Jam pintar ini menawarkan pelbagai sokongan kecergasan, perekod kadar degupan jantung berterusan walaupun didalam air, perekod tidur Huawei TrueSleep 2.0 dan kalis air 50ATM.

Honor Magic Watch 2 hadir dengan Lite OS yang merupakan sistem operasi khas Huawei untuk peranti pintar.

Honor Magic Watch 2 saiz 46mm akan ditawarkan mulai 20 Disember ini didalam warna charcoal black dengan harga penjualan RM 699 manakala Honor Magic Watch 2 akan turut hadir didalam warna flax brown dengan harga penjualan RM 749 namun tarikh penjualan belum diumumkan.

bagi yang berminat untuk memiliki versi 42mm, Honor Malaysia telah mengesahkan versi ini juga akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi dengan harga penjualan yang lebih murah.

Honor  MagicWatch 2 boleh didapati di hihonor.com.my, Honor Experience Store dan Stor rasmi Honor di Shopee mulai 20 Disember 2019.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.