Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P40 dan Huawei P40 Pro akan dilancarkan pada Mac 2020


Huawei telah mengumumkan bahawa ianya akan memperkenalkan siri telefon pintar flagship siri-P pada penghujung bulan Mac tahun hadapan dan majlis pelancaran ini akan diadakan di Paris.

Generasi terbaru siri Huawei P ini akan hadir dengan Android 10 yang dilapisi EMUI 10 dengan perkhidmatan Huawei Mobile Services yang menggantikan Google Mobile Services (GMS).

Pengesahan ini telah diberikan sendiri oleh Richard Yu yang merupakan ketua pegawai eksekutif Huawei Business Group.

Mengulas mengenai Huawei P40 dan Huawei P40 Pro, beliau menjanjikan telefon pintar ini akan hadir dengan reka bentuk yang tidak pernah dilihat selain penambahbaikan di bahagian kualiti imej, prestasi cipset dan jangka hayat bateri.

Huawei P40 dan P40 Pro dijangka akan hadir dengan pemproses Kirin 990 yang pertama kali digunakan pada siri Huawei Mate30.

Bercakap mengenai potensi penawaran HarmonyOS pada telefon pintar Huawei, syarikat ini masih komited untuk menggunakan Android manakala HarmonyOS akan digunakan didalam peranti pintar keluaran Huawei termasuk Smart TV, jam pintar, speaker dan banyak lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.