Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9x edisi terhad Honor x Stoned akan ditawarkan pada RM 999 sahaja


Ketika pelancaran Honor 9X di Malaysia baru-baru ini, syarikat ini ada menyebut mengenai kerjasama Honor dengan jenama pakaian Stoned & Co.

Honor Malaysia kini telah mengumumkan bahawa satu edisi terhad Honor 9X dengan ukiran tulisan dan logo Stoned pada panel belakang telefon pintar ini akan ditawarkan mulai 20 Disember ini.

Honor 9X edisi Honor x Stoned ini akan turut hadir dengan kotak pembelian yang berlainan dari edisi biasa dan hanya 200 unit telefon pintar ini akan dikeluarkan.

Bagi anda yang berminat terdapat dua cara untuk mendapatkan Honor 9X edisi Honor x Stoned ini iaitu melalui http://hihonor.com/my  tepat pada jam 12 tengah malam 20 Disember ini (100 unit akan dijual) dan di Stor Honor Experience Sunway Pyramid mulai jam 11 pagi pada hari yang sama (100 unit).

Honor 9X edisi terhad Stoned ini akan hadir dengan nombor siri 1/200 hingga 200/200 dan lebih penting harga penjualan telefon pintar ini adalah seperti versi biasa iaitu hanya RM 999.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.