Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei umumkan pakej Huawei Smart Life Together 2020 dengan 0% faedah dari bank terpilih


Semakin kita menghampiri penghujung tahun 2019 dan berganjak ke tahun 2020, Huawei telah memulakan pelbagai promosi menarik sempena meraikan tahun baru yang bakal tiba didalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Bagi anda memiliki produk yang lengkap didalam eko sistem Huawei, syarikat ini telah berkejasama dengan 8 bank tempatan untuk menawarkan anda pelan ansuran tanpa faedah untuk memiliki pakej Huawei Smart Life ‘Together 2020’ dengan bayaran serendah RM 8.97 sehari.

Huawei menawarkan anda kebebasan untuk memilih sendiri produk Huawei pilihan anda untuk membentuk pakej Huawei Smart Life 2020 namun jika anda tidak pasti, Huawei juga telah menawarkan beberapa pakej Huawei Smart Life yang sedia ada.

Pakej Huawei Smart Life Together 2020 yang ditawarkan oleh Huawei adalah seperti berikut :

Smart Fans Flagship Combination pada harga serendah RM 32.53 sehari

Smart Student Combination pada harga serendah RM 19.39 sehari

Sports & Health Combination pada harga serendah RM 8.97 sehari

Smart Work-Style Combination pada harga serendah RM 25.69 sehari

Smart Travel Essentials Combination pada harga serendah RM 22.13 sehari

Smart Gamers Combination pada harga RM 25.96

Antara bank yang menawarkan bayaran ansuran 0% adalah AMbank, CIMB Bank, Citi Bank, Hong Leong Bank, Maybank , OCBC Bank dan Public Bank.

Pakej Huawei Smart Life Together 2020 ini boleh didapati di semua stor Huawei Experience Store di seluruh Malaysia dan untuk maklumat lanjut sila layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.