Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee 11.11 Big Sale menyaksikan 70 juta barangan berjaya dijual dalam masa 24 jam

Shopee 11.11 Big Sale menyaksikan 70 juta barangan berjaya dijual dalam masa 24 jam 1

Shopee 11.11 Big Sale menyaksikan 70 juta barangan berjaya dijual dalam masa 24 jam 2Kempen penjualan ‘Singles Day’ 11.11 telah sampai ke penghujung tengah malam tadi dan Shopee telah mengumumkan bahawa kempen Shopee Big Sale 11.11 sebagai yang terbesar didalam sejarah.

Shopee 11.11 Big Sale menyaksikan 70 juta barangan berjaya dijual dalam masa 24 jam 3

Antara pencapaian Shopee pada kempen kali ini adalah :

  • 70 juta barangan dijual pada 11 November
  • 3 kali lebih banyak pesanan dicatat pada jam pertama berbanding tahun lalu

Shopee juga telah memenuhi janjinya untuk menawarkan pengalaman beli-belah menarik di 11.11 Big Sale.

Pengguna telah kembali setiap hari untuk menyertai pelbagai permainan dalam aplikasi dan memenangi hadiah, termasuk permainan realiti terimbuh (AR) pertamanya, Shopee Catch.

Permainan ini telah dimainkan lebih 150 juta kali dalam tempoh tiga minggu.

Shopee 11.11 Big Sale menyaksikan 70 juta barangan berjaya dijual dalam masa 24 jam 4

Di samping itu, Shopee membawakan hiburan tanpa henti kepada pengguna dengan 65 juta tontonan di Shopee Live.

Shopee 11.11 Big Sale di Malaysia telah membawakan promosi dan hiburan tanpa henti selama tiga minggu, disokong oleh penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM11.

Selain itu, Jenama berprestasi tinggi merekodkan purata peningkatan 5,659 kali dalam lawatan dan pertumbuhan 740 kali dalam pesanan, manakala aktiviti beli-belah memuncak waktu makan tengahari pada 12.10PM kerana kempen jualan tersebut jatuh pada hari bekerja.

Jenama berprestasi tinggi termasuk Tefal, Skechers, dan Acer masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 3,408 kali, 2,870 kali, dan 1,743 kali dalam jumlah pesanan.

Jenama baru di Shopee, KFC merekodkan jualan baik dengan jumlah pesanan tertinggi dari kategori F&B,  jumlah set makanan KFC yang dibeli di Shopee juga mencukupi bagi seluruh warga Putrajaya dengan 0.5 juta carian dalam masa 24 jam.

Shopee 11.11 Big Sale menyaksikan 70 juta barangan berjaya dijual dalam masa 24 jam 5

Pada tahun ini, platform e-dagang tersebut melancarkan kempen amal pertamanya, #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge bersama dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Program ini CSR ini telah mendapat sambutan yang baik dan derma sebanyak RM114,170 telah diterima dalam masa hanya tiga minggu.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.