Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo S5 akan dilancarkan 14 November ini

Vivo S5 Malaysia
Selepas pelancaran Vivo S1 ke pasaran Malaysia beberapa bulan lalu, Vivo kini nampaknya sudah bersedia melancarkan satu lagi model didalam siri S ini.

Vivo dilihat sedang bersiap sedia untuk melancarkan Vivo S5 ke pasaran Malaysia dan telefon pintar ini nampaknya hadir dengan panel kamera yang unik.

Vivo S5 Malaysia

Vivo S5 ini dilaporkan akan hadir dengan skrin paparan punch hole AMOLED berukuran 6.44-inci (1080p), pemproses Snapdragon 712 berkelajuan 2.3GHz, sehingga 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Vivo S5 Malaysia

Bercakap mengenai aspek fotografi, Vivo S5 akan hadir denhan tetapan quad-kamera yang unik dibelakang dimana susunan kamera seperti bentuk berlian adalah berbeza daripada apa yang pernah ditawarkan dipasaran.

Sensor kamera yang digunakan adalah sensor utama 48MP, sensor ultra-lebar 8MP, sensor kedalaman 5MP dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah unit 32MP.

Vivo S5 Malaysia

Selain itu, Vivo S5 akan hadir dengan FunTouch OS berasaskan Android 9.0 Pie, bateri berkapasiti 4,010mAh dan sensor capjari pada skrin.

Pelancaran rasmi Vivo S5 di China akan didakan pada 14 November iaitu hanya sehari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.