Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Saksikan gelagat artis kegemaran anda didalam #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge

Shopee makna challenge
Bayangkan anda perlu mengambil sesuatu dari sebuah kotak tanpa mengetahui isinya, membuat teh tarik sambil
mencangkung atau menghirup sup tomato yang ditambah dengan sos tabasco. Sanggupkah anda lakukan semua itu demi wang? Apatah lagi, untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik?

Shopee 11.11 Makna charity challenge

Selebriti-selebriti seperti Elyana, Farahanim Razak, Rita Dato’ Sosilawati, Lia Natalia, As’ad Motawh, Yasmin Hani, Liyana Jasmay, Diana Danielle, Sarah Hildebrand, Fahrin Ahmad, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Sophia Liana serta bintang-bintang gimnastik negara Koi Sie Yan, Jeremiah Loo dan Amy Kwan sanggup menyahut cabaran-cabaran ini untuk meraih dana bagi Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge.

#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge ialah kempen kebajikan pertama Shopee yang berusaha sedaya upaya untuk meraih dana yang akan disalurkan kepada pesakit kanser kurang mampu yang memerlukan rawatan. Dana turut akan digunakan untuk penyelidikan serta perkhidmatan sokongan oleh MAKNA.

Saksikan selebriti-selebriti ini menjerit dan menggelabah dalam pertunjukan amal yang akan disiarkan secara langsung di Shopee Live pada jam 9 malam, 11 November yang boleh ditonton melalui telefon pintar anda.

Sokong bintang-bintang pujaan anda serta berikan kata-kata galakan untuk menguatkan semangat mereka melalui ruangan komen. Selain itu, pertunjukan ini boleh ditonton melalui Astro Prima SD (Saluran 105) dan Prima HD (Saluran 121).

Anda juga boleh memainkan peranan anda untuk menyokong perjuangan menentang kanser dengan menghulurkan sumbangan. Mudah sekali untuk anda menderma dari serendah RM5 hanya dengan beberapa klik di sini – https://shopee.com.my/shopeemakna.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.