Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DJI Mavic Mini kini di Malaysia dengan harga penjualan serendah RM 1,599


Pengeluar dron profesional dan pengguna terkemuka didunia, DJI secara rasminya telah melancarkan dron DJI Mavic Mini, ianya adalah dron kompak dan boleh lipat pertama DJI.

DJI Mavic Mini kini telah dibuka untuk pratempahan pada harga penjualan dari RM 1,499 iaitu melalui VSTECS Astar yang merupakan  wakil pengedar rasmi DJI di Malaysia.

Dji mavic mini malaysia

DJI Mavic Mini adalah dron yang mudah untuk diterbangkan dengan berat sekitar 249 gram sahaja.

Dengan satu pengecasan penuh, Mavic Mini mempunyai waktu penerbangan selama 30 minit dan ianya mampu merakam video berkualiti tinggi 2.7k pada kadar 30fps, video 1080p pada kadar 60fps atau mengambil imej 12MP.

DJI Mavic Mini Air Malaysia

Ianya disertakan dengan Gimbal bermotor tiga paksi yang menyokong dan menstabilkan kamera, memastikan rakaman lancar dan sinematik, menjadikannya sempurna untuk berkongsi di media sosial.

Selain pelancaran DJI Mavic Mini, VSTECS Astar juga telah mengumumkan penawaran aksesori yang akan memaksimakan lagi pengalaman menggunakan Mavic Mini.

Antara aksesori bagi DJI Mavic Mini adalah :

360° Propeller Guard
Charging Base
Propeller Holder
DIY Creative Kit
Snap Adapter
Mini Travel Bag
Two Way Charging Hub

DJI Mavic Mini Malaysia
Pakej Standard & Pakej Fly More Combo

DJI Mavic Mini akan ditawarkan didalam pakej pembelian iaitu pakej Standard dan pakej Fly More Combo masing-masing pada harga RM 1,599 dan RM 1,999.

Pra-tempahan kini dibuka di semua wakil penjual VSTECS atau wakil penjual DJI di Malaysia.

Penghantaran DJI Mavic Mini akan dibuat mulai pertengahan bulan November 2019 manakala aksesori Mavic Mini pula akan dibuka untuk pra-tempahan mulai penghujung bulan November.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.