Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jabra Malaysia kini menawarkan waranti penggantian ‘one-for-one’

KC Yap, Jabra Malaysia
Pengeluar peranti audio terkemuka, Jabra telah mengumumkan penawaran waranti “one-for-one” bagi semua produk Jabra yang ditawarkan di Malaysia.

Dengan penawaran pengantian satu kepada satu, pengguna kini tidak lagi perlu risau untuk mencari pusat servis untuk menghantar gadget mereka ataupun waktu menunggu pembaikan.

Jabra malaysia

Penawaran penggantian satu kepada satu bagi peranti audio adalah yang pertama kali ditawarkan di Malaysia dan ianya sudah pasti mendapat respon positif pengguna.

Jika tiada sebarang kerosakkan fizikal pada peranti Jabra anda dan terdapat kerosakkan pengkilangan, anda akan menerima unit baru serta merta tanpa sebarang persoalan.

Kesemua produk Jabra didalam siri Elite termasuk headset Bluetooth Mono dan headphones layak menikmati waranti penggantian satu kepada satu ini.

Bagi menikmati waranti penggantian eksklusif ini, pelanggan perlu mendaftarkan produk Jabra mereka di atas talian di https://www.amt.com.my/page/support/warranty-form.aspx dan bagi memastikan proses penggantian ini berjalan dengan lancar, Jabra telah melantik Highpoint Network Services Sdn Bhd sebagai pusat servis rasmi.

Pelanggan kini boleh membawa produk Jabra mereka yang rosak ke the Highpoint Service Centres yang terletak di UEP, Subang dan Low Yat, Kuala Lumpur.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.