Oppo Reno 2 dan Reno 2 F dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga serendah RM 1,599
![Oppo Reno 2 dan Reno 2 F dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga serendah RM 1,599 1 Oppo Reno2 Series Malaysia](https://mobilefokus.com/wp-content/uploads/2019/10/633476D8-58D2-426E-9850-A05645953A5D-1024x768.jpeg)
Oppo Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan generasi kedua telefon pintar Oppo Reno ke pasaran tempatan dengan harga penjualan dari RM 1,599 sahaja.
Oppo Reno2 telah memasuki pasaran Malaysia bersama-sama Reno2 F.
Berikut adalah spesifikasi Oppo Reno2.
- skrin paparan FHD+ berukuran 6.5-inci ( nisbah skrin 89% dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla 6)
- pemproses Snapdragon 730G
- 8GB RAM + 256GB memori simpanan dalaman
- tequad-kamera – sensor 48MP f/1.7 Sony IMX586 + sensor telefoto 13MP f/2.4 + ultra-lebar 8MP 116° darjah + sensor mono 2MP.
- Ultra Dark Mode + Ultra Steady Video.
- zoom hibrid 5x + zoom digital 20x, mod.
- bateri berkapasiti 4,000mAh + pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0 (Type-C).
- kamera selfie pop-up shark fin 16MP
- ColorOS 6.1 – Android Pie
Oppo Reno2 ini akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Luminous Black dan Sunset Pink pada harga RM 2,299.
Oppo Reno2 F adalah varian didalam siri Reno yang lebih murah iaitu dengan harga dari RM 1,599 sahaja.
Berikut adalah spesifkasi Oppo Reno 2F
- skrin paparan 19:5:9 Super AMOLED berukuran 6.5-inci (lapisan gelas Corning Gorilla 5 dihadapan dan belakang)
- pemproses MediaTek P70
8GB RAM + 256GB memori simpanan dalaman.
quad-kamera – sensor utama GM1 48MP+ kanta lebar 8MP+ sensor potrait 2MP + sensor mono 2MP. - Ultra Night Mode 2.0
- kamera selfie 16MP
- Bateri 4,000mAh – type C VOOC 3.0
- ColorOS 6.1 (Android Pie)
Oppo Reno2 F pula akan ditawarkan dua warna iaitu Sky White dan Lake Green dengan harga penjualan RM 1,599.
Pra-tempahan bagi Oppo Reno2 dan Reno2 F boleh dilakukan di Lazada, Shopee, kedai konsep Oppo, syarikat telekomunikasi utama, Sengeng, SenQ dan DirectD.
Pra-tempahan akan dibuka mulai esok (sehingga 25 Oktober) dan setiap pembelian Oppo Reno2 atau Reno2 F akan menerima hadiah percuma bernilai RM 318 iaitu satu unit bag galas eksklusif Reno bernilai RM 199 dan waranti perlindungan skrin bernilai RM 119.