Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pembayaran Touch n Go eWallet kini diterima di Lazada

Touch n Go eWallet Lazada

Touch ‘n Go eWallet kini telah mengumumkan kerjasama dengan Lazada Malaysia yang membolehkan pengguna sistem pembayaran mudah alih ini memilih eWallet sebagai kaedah pembayaran ketika melakukan pembelian Lazada.

Hasil kerjasama ini, Hampir 5 juta pengguna Touch ‘n Go kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih cepat, lancar dan lebih bernilai.

Sebagai rekod, Malaysia mempunyai 16.5 juta pengguna di Lazada yang mana ianya adalah separuh daripada penduduk di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Touch ‘n Go eWallet untuk menyediakan pengalaman yang memuaskan, para pengguna boleh Makan, Main dan Riang dengan sepenuhnya dengan promosi dan cashback yang hebat sempena dengan festival membeli-belah popular Lazada pada 11.11 dan 12.12.

 Dengan perbelanjaaan minimum RM50 menggunakan Touch ‘n Go eWallet,anda boleh boleh menebus Baucar Bayaran Koleksi RM5 melalui aplikasi Lazada dari 29 hingga 31 Oktober 2019*

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.