Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme XT kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja

realme XT kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja 1
realme Malaysia secara rasminya telah melancarkan realme XT ke pasaran Malaysia dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 1,399 secara eksklusif di Lazada.

realme XT kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja 2

realme XT merupakan telefon pintar pertama didalam siri X untuk ditawarkan di pasaran Malaysia selain telefon pintar realme pertama untuk menggunakan sensor kamera 64MP.

realme xt malaysia

realme XT hadir reka bentuk yang dikenali sebagai 3D Hyperbola yang berasaskan gelas.

Terus kepada spesifikasi, Realme XT hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.8-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91.9%, pemproses Snapdragon 712 AIE, kapasiti RAM adalah 8GB manakala memori simpanan dalaman adalah 128GB.

realme xt camera malaysia

Selain itu, Realme XT juga memiliki tetapan quad-kamera iaitu satu sensor ISOCELL Bright GW1 64MP + sensor lensa lebar 8MP + sensor makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

Realme XT juga akan hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin (Goodix G3.0) yang merupakan yang terkini dan terpantas dipasaran, ColorOS 6 berasaskan Android 9.0 Pie, bateri berkapasiti 4,000mAh dengan VOOC 3.0 dan tidak lupa kamera selfie 16MP.

realme XT Malaysia Price

Selain itu, Realme XT akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru ‘pearl’ dan putih ‘pearl’.

realme XT akan ditawarkan secara eksklusif di Lazada pada 11 November ini tepat pada jam 12 tengah malam (percuma beg galas realme bernilai RM 199).

realme xt malaysia

penjualan secara ‘offline’ akan bermula lebih awal iaitu pada 9 November ini pada harga penjualan yang sama iaitu RM 1,399.

realme XT kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja 3

selain realme XT, realme turut mengumumkan penawaran realme 5 versi 3/32GB pada harga RM 499 sahaja dan ianya juga eksklusif di Lazada.

Beli realme XT atau realme 5 di Lazada (mulai 11.11 – tepat jam 12 tengah malam).

realme umumkan Buds Wireless,Buds 2 dan Powerbank 18W pada harga serendah RM 39 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.