Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile dan Huawei tandatangani perjanjian bagi penawaran 5G tahun hadapan

Umobile and Huawei Malaysia 5G Rollout
Syarikat telekomunikasi U Mobile telah menandatangani Surat Niat atau Letter Of Intent (LOI) dengan Huawei Technologies Malaysia bagi kerjasama didalam teknologi 5G sebagai persiapan untuk menawarkan rangkaian 5G kepada pengguna tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berkata U Mobile teruja dengan kerjasama bersama Huawei Malaysia yang menjadi sebahagian daripada strategi ‘Road To 5G’ U Mobile. kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan Huawei Malaysia untuk menjalankan ujian 5G secara langsung tidak lama lagi.

“Kami amat bertuah untuk bekerjasama dengan U Mobile bagi meneroka teknologi 5G Huawei pada kelajuan Gigabit, latensi ultra-rendah dan rangkaian komunikasi besar di Malaysia. Kami tidak sabar-sabar untuk berkembang bersama sebagai peneraju teknologi dan pemimpin dalam inovasi perkhidmatan 5G, “kata Michael Yuan, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia.

Perjanjian ini telah ditandatangani di Ibu Pejabat Huawei di Dongguan, China.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.